Kidsventure Live Webinar 10 (Operasi Perniagaan)
12 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2026, seorang peserta telah mengikuti sesi Kidsventure Live Webinar 10 (Operasi Perniagaan) yang dijalankan melalui platform Google Meet. Sesi ini memberi pendedahan berkaitan asas pengurusan operasi perniagaan. Dalam modul ini, peserta mempelajari bagaimana sesuatu bisnes dijalankan bermula dari peringkat awal sehingga ke peringkat akhir dengan lebih teratur dan sistematik.
Dalam sesi ini, peserta turut didedahkan kepada cara mengurus barangan dan stok dengan bijak bagi memastikan kelancaran operasi serta mengelakkan pembaziran. Selain itu, peserta juga mempelajari kepentingan layanan pelanggan yang baik dan sopan dalam membina hubungan yang positif dengan pelanggan. Sesi ini turut menekankan nilai tanggungjawab dalam diri sebagai usahawan kecil supaya lebih berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: